Thursday 27 December 2012

Tips penjagaan komputer riba (laptop)



Bateri

  • Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkna untuk menggunakan kuasa terus dari punca eletrik
  • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
  • Jika bateri sudah habis digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 pertus sebelum dicas semula.
  • Jika terlalu kerap dicas bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.


Papan Kekunci

  • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di computer riba.


Wednesday 26 December 2012

Risiko Urus Niaga Sambung Bayar Perjanjian Sewa Beli


Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini dan dibebankan lagi dengan harga barang keperluan yang semakin melambung, maka sudah pastinya ia akan memberikan bebanan kepada orang ramai. Apatah lagi dengan bayaran ansuran kenderaan yang perlu dijelaskan setiap bulan mengikut perjanjian sewa beli yang termeterai dengan institusi perbankan.

Tidak dinafikan, para pengguna kenderaan di negara ini mengalami beban yang tinggi dalam pengurusan kewangan mereka, kehidupan di bandar yang serba serbi memerlukan wang ringgit.
Tatkala sibuk menguruskan keperluan harian, ada di antara mereka yang terlupa atau menghadapi kesukaran melunaskan bayaran ansuran kenderaan mereka.

Lebih menyedihkan jika ansuran kenderaan mereka tertunggak. Terdapat ramai yang memilih jalan mudah seperti menyerahkan kenderaan kepada pihak ketiga untuk tujuan sambung bayar.
Sebenarnya tindakan ini sangat berisiko, ibarat menjerat diri sendiri. Tahukah anda bahawa, walaupun ada pihak ketiga yang akan menyambung ansuran bulanan, namun anda masih bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenderaan itu, sepertimana yang terkandung dalam perjanjian sewa beli yang asal, termasuk juga jika berlaku kes jenayah serta kemalangan.

Saturday 22 December 2012

Soal Jawab Campro CFE


1.      Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan CFE? Ceritakan secara ringkas.

CFE ialah ringkasan kepada Charged Fuel Efficiency. Secara ringkasnya, enjin CFE inimemberikan tenaga seperti sebuah enjin 2.0 liter ketika diperlukan tetapi memberikan pulangan penggunaan minyak yang baik di dalam keadaan pemanduan santai, seperti memandu di lebuhraya, ketika melahu atau ketika memandu di dalam kesesakan lalulintas.

 2.      Adakah CFE ini enjin baru sepenuhnya ataupun masih lagi berasaskan enjin Campro tetapi dengan beberapa pengubahsuaian?

Enjin 1.6 liter Campro CFE dibina berdasarkan enjin Campro tetapi dengan peratusan besar pembaharuan yang terdiri dari komponen unik kepada enjin CFE sahaja.

3.      Boleh ceritakan apa yang telah diubahsuai untuk enjin CFE ini? Ceritakan secara ringkas bahagian yang telah diubahsuai dan sebab-sebab pengubahsuaian.

Antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah komponen-komponen utama seperti aci engkol, aci sesondol, rod penyambung, blok silinder dan kepala silinder enjin telah ditukar kepada rekabentuk baru.

entry yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...