Thursday 22 November 2012

Tips-tips Mempertahankan Sikap Positif



Seringkali kita mendengar ungkapan tentang kelebihan berfikiran positif, mengapa perlunya berfikiran positif, dan sebagainya. Dan ternyata menurut beberapa penelitian, ditemukan bahawa orang-orang positif cenderung menjalani kehidupan lebih bahagia dan sihat.

Namun, dengan lingkungan pergaulan dan fikiran-fikiran yang berkecamuk di kepala kita, rasanya tidak mudah untuk terus-menerus mempertahankan sikap positif. Akan tetapi, untuk sebuah tujuan yang bagus tidak ada salahnya jika kita mengusahakan yang terbaik.

Berikut adalah sebahagian daripada tips untuk mempertahankan sikap positif yang kita amalkan;

Tips 1: Mulailah Selangkah demi Selangkah
Adakalanya ketika menginginkan perubahan, anda ingin mengubah segalanya secara menyeluruh. Daripada mengubah secara keseluruhan, lebih baik perbaiki setahap demi setahap. Melakukan perubahan selangkah demi selangkah justeru memiliki peluang besar untk mendapatkan hasil yang maksima.

Wednesday 7 November 2012

Baucar.com – Memudahkan Anda Mengetahui Promosi Di Pasaraya Berdekatan


Baucar, seperti pada namanya, menyediakan baucar secara digital, membolehkan anda mendapatkan diskaun ke atas pembelian terus daripada kedai yang menyertainya dengan hanya memperlihatkan baucar digital terus melalui telefon pintar anda.

Contoh paparan platform Android & IOS

Sahabat Sejati

Secebis Nasihat Imam Syafie mengenai sahabat sejati;

Kita adalah sahabat kepada seorang sahabat. Begitu juga sebaliknya. Sunyilah hidup ini tanpa seorang sahabat. Adakalanya, sahabatlah orang pertama yang ditemui untuk berkongsi segala rasa suka dan duka.

Sahabat yang Baik
"Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak-saudaraku. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya."

Menghadapi Musuh
"Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka-duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Di kala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan."

Tuesday 6 November 2012

Tips-tips mengatasi kemurungan




Perasaan muram atau kemurungan adalah pengalaman yang biasa dihadapi oleh manusia normal. Tetapi jika kemurungan dan kesugulan terlalu kerap, ia boleh merencatkan peningkatan amal sehinggalah kehidupan seseorang itu menjadi kurang bermanfaat.

Mungkin ada yang pernah mengenali atau mengalami sendiri pengalaman murung. Ada orang murung selepas putus cinta, dikhianati. Ada juga orang murung selepas kematian orang yang disayangi. Dan tak kurang juga orang yang murung selepas melahirkan anak. Pelbagai perkara yang boleh menjadi sebab seseorang itu mengalami kemurungan. Namun, yang menjadi persoalannya bagaimanakah mereka berhadapan dengan situasi murung ini.

Monday 5 November 2012

Cinta tanpa Syarat



Pernah dengar tak mengenai cinta tanpa syarat? Terlalu banyak persepsi dan anggapan kita dalam cinta tanpa syarat ni. Tapi apa ya sebenarnya cinta tanpa syarat ni? 

Cinta suci sudah semestinya tidak memerlukan sebab atau juga syarat. Sebab itu boleh juga dikatakan syarat, dan syarat itu juga boleh dikatakan sebab. Jika kita mencintai seseorang dengan bersebab, bermaksud kita telah meletakkan cinta kita dengan syarat di situ.  Sebagai contoh, "saya sayang awak sebab awak pandai menjaga hati saya". Maksudnya, saya cintakan awak, dengan syarat awak kena pandai jaga hati saya. Selain dari itu, boleh juga diambil cantik sebagai sebab, suara yang merdu sebagai sebab, dan bentuk tubuh sebagai sebab, tetapi sebenarnya cinta suci tidak memerlukan semua itu.

Andai ada orang atau pasangan kita mencintai kita dengan sebab atau syarat, mungkin kurang keikhlasannya di situ dalam mencintai dan menyayangi kita. Mengapa perlu difikirkan kenapa kita tertarik dengan orang ini, kenapa kita suka pada orang itu. Kenapa kita cintakan dia, kenapa kita sayangkan dia. Percayalah, semua itu kuasa Allah. Dialah yang telah menggerakkan hati kita untuk mencintai dan menyayangi seseorang, terutamanya pasangan kita. Jodoh kita Dia juga yang tentukan. Walaupun kita mempunyai kriteria tertentu dalam memilih pasangan, namun jika Allah tidak mengizinkan, tetap jua kita takkan dapat apa yang kita mahukan. Malahan, mungkin orang yang langsung tidak ada dalam senarai pemilihan kita tu yang ditakdirkan sebagai jodoh kita. Oleh sebab itulah sebaiknya tak perlu kita meletakkan syarat atau sebab untuk mencintai dan menyayangi seseorang.

Perkahwinan Jarak Jauh

Kebiasaannya, sesebuah ikatan perkahwinan yang diimpikan adalah kita dapat hidup bersama dengan pasangan kita di dalam sebuah rumah yang sama, sentiasa berdampingan dan tidak akan pernah terpisah walau dengan apa cara sekalipun. Namun pada saat ini, pada ketika ini, hanya segelintir sahaja yang dapat merealisasikan impian ini.
Demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup dan rumahtangga, pasangan masa kini lebih ramai yang tidak tinggal sebumbung bersama pasangan masing-masing. Tuntutan kerja yang memaksa mereka tinggal berjauhan amat menyeksakan. Bukan mudah untuk melalui perkahwinan jarak jauh ini. Macam-macam perkara yang perlu ditempuhi dan yang paling penting adalah keyakinan kita terhadap pasangan dan saling mempercayai. Percayalah bahawa perkahwinan jarak jauh ini adalah satu ujian pada kita dan pasangan untuk melihat sejauhmana keyakinan dan kepercayaan kita pada pasangan.

Sesungguhnya, saya sendiri sedang melalui perkahwinan jarak jauh ini. Perkahwinan saya baru mencecah usia setahun, dan dalam masa setahun ini, kami masih lagi dalam perkahwinan jarak jauh. Keadaan kerja kami memaksa kami untuk tinggal berjauhan. Walaupun jauh tu masih lagi dalam Malaysia, cuma berlainan negeri, masih lagi jarak jauh. Tetapi, alhamdulillah, kami cuba untuk sering berjumpa jika ada kelapangan dan sentiasa mengawal diri dari menimbulkan sebarang masalah. Bila kita berjauhan, seringkali masalah yang timbul adalah bila kita tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Kita hanya berbicara melalui sms dan panggilan telefon, tanpa melihat wajah pasangan. Jadi agak sukar untuk kita melihat reaksi pasangan dan memahami maksud sebenar tentang apa yang disampaikan oleh pasangan kita.

Saturday 3 November 2012

Kek Coklat Moist


Hari ni rasa macam nak buat kek. Lebih2 lagi ada pelajar yang request buatkan kek. huhu.. Rajinkan diri la buat. Hasil air tangan seorang cikgu bimbingan untuk anak-anak pelajar yang banyak membantu selama ini yang bakal menduduki peperiksaan SPM 5 November 2012. Semoga berjaya anak-anak dan teruskan usaha dan tawakkal anda untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat. Terimalah kek yang tak seberapa ni sebab cikgu awak ni pun orang baru belajar. hihihi.. Yang master nye adik saya je.

Thursday 1 November 2012

Muara Hati - Hafiz ft. Dato' Siti Nurhaliza







Best sangat3 lagu ni. huhuhu.. melodi dia best, penyanyi dia pun best, lirik dia apatah lagi. sangat3 best dan meruntun kalbu..

Mula-mula dengar rasa macam pelik bunyi dia sebab xpernh dgr Dato' Siti duet ngn Hafiz. tapi lama-lama dengar, best la pulak sbb lirik dia sangat bermakna. lepas tu pulak campur dengan tengok drama Adam & Hawa tu pulak. memng menarik tertarik da bommm la. hihihi...

Selamat mendengar, menonton dan menyanyi ye....(^^,)

entry yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...