Thursday 27 December 2012

Tips penjagaan komputer riba (laptop)



Bateri

  • Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkna untuk menggunakan kuasa terus dari punca eletrik
  • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
  • Jika bateri sudah habis digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 pertus sebelum dicas semula.
  • Jika terlalu kerap dicas bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.


Papan Kekunci

  • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di computer riba.


Wednesday 26 December 2012

Risiko Urus Niaga Sambung Bayar Perjanjian Sewa Beli


Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini dan dibebankan lagi dengan harga barang keperluan yang semakin melambung, maka sudah pastinya ia akan memberikan bebanan kepada orang ramai. Apatah lagi dengan bayaran ansuran kenderaan yang perlu dijelaskan setiap bulan mengikut perjanjian sewa beli yang termeterai dengan institusi perbankan.

Tidak dinafikan, para pengguna kenderaan di negara ini mengalami beban yang tinggi dalam pengurusan kewangan mereka, kehidupan di bandar yang serba serbi memerlukan wang ringgit.
Tatkala sibuk menguruskan keperluan harian, ada di antara mereka yang terlupa atau menghadapi kesukaran melunaskan bayaran ansuran kenderaan mereka.

Lebih menyedihkan jika ansuran kenderaan mereka tertunggak. Terdapat ramai yang memilih jalan mudah seperti menyerahkan kenderaan kepada pihak ketiga untuk tujuan sambung bayar.
Sebenarnya tindakan ini sangat berisiko, ibarat menjerat diri sendiri. Tahukah anda bahawa, walaupun ada pihak ketiga yang akan menyambung ansuran bulanan, namun anda masih bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenderaan itu, sepertimana yang terkandung dalam perjanjian sewa beli yang asal, termasuk juga jika berlaku kes jenayah serta kemalangan.

Saturday 22 December 2012

Soal Jawab Campro CFE


1.      Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan CFE? Ceritakan secara ringkas.

CFE ialah ringkasan kepada Charged Fuel Efficiency. Secara ringkasnya, enjin CFE inimemberikan tenaga seperti sebuah enjin 2.0 liter ketika diperlukan tetapi memberikan pulangan penggunaan minyak yang baik di dalam keadaan pemanduan santai, seperti memandu di lebuhraya, ketika melahu atau ketika memandu di dalam kesesakan lalulintas.

 2.      Adakah CFE ini enjin baru sepenuhnya ataupun masih lagi berasaskan enjin Campro tetapi dengan beberapa pengubahsuaian?

Enjin 1.6 liter Campro CFE dibina berdasarkan enjin Campro tetapi dengan peratusan besar pembaharuan yang terdiri dari komponen unik kepada enjin CFE sahaja.

3.      Boleh ceritakan apa yang telah diubahsuai untuk enjin CFE ini? Ceritakan secara ringkas bahagian yang telah diubahsuai dan sebab-sebab pengubahsuaian.

Antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah komponen-komponen utama seperti aci engkol, aci sesondol, rod penyambung, blok silinder dan kepala silinder enjin telah ditukar kepada rekabentuk baru.

Thursday 22 November 2012

Tips-tips Mempertahankan Sikap Positif



Seringkali kita mendengar ungkapan tentang kelebihan berfikiran positif, mengapa perlunya berfikiran positif, dan sebagainya. Dan ternyata menurut beberapa penelitian, ditemukan bahawa orang-orang positif cenderung menjalani kehidupan lebih bahagia dan sihat.

Namun, dengan lingkungan pergaulan dan fikiran-fikiran yang berkecamuk di kepala kita, rasanya tidak mudah untuk terus-menerus mempertahankan sikap positif. Akan tetapi, untuk sebuah tujuan yang bagus tidak ada salahnya jika kita mengusahakan yang terbaik.

Berikut adalah sebahagian daripada tips untuk mempertahankan sikap positif yang kita amalkan;

Tips 1: Mulailah Selangkah demi Selangkah
Adakalanya ketika menginginkan perubahan, anda ingin mengubah segalanya secara menyeluruh. Daripada mengubah secara keseluruhan, lebih baik perbaiki setahap demi setahap. Melakukan perubahan selangkah demi selangkah justeru memiliki peluang besar untk mendapatkan hasil yang maksima.

Wednesday 7 November 2012

Baucar.com – Memudahkan Anda Mengetahui Promosi Di Pasaraya Berdekatan


Baucar, seperti pada namanya, menyediakan baucar secara digital, membolehkan anda mendapatkan diskaun ke atas pembelian terus daripada kedai yang menyertainya dengan hanya memperlihatkan baucar digital terus melalui telefon pintar anda.

Contoh paparan platform Android & IOS

Sahabat Sejati

Secebis Nasihat Imam Syafie mengenai sahabat sejati;

Kita adalah sahabat kepada seorang sahabat. Begitu juga sebaliknya. Sunyilah hidup ini tanpa seorang sahabat. Adakalanya, sahabatlah orang pertama yang ditemui untuk berkongsi segala rasa suka dan duka.

Sahabat yang Baik
"Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak-saudaraku. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya."

Menghadapi Musuh
"Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka-duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Di kala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan."

Tuesday 6 November 2012

Tips-tips mengatasi kemurungan




Perasaan muram atau kemurungan adalah pengalaman yang biasa dihadapi oleh manusia normal. Tetapi jika kemurungan dan kesugulan terlalu kerap, ia boleh merencatkan peningkatan amal sehinggalah kehidupan seseorang itu menjadi kurang bermanfaat.

Mungkin ada yang pernah mengenali atau mengalami sendiri pengalaman murung. Ada orang murung selepas putus cinta, dikhianati. Ada juga orang murung selepas kematian orang yang disayangi. Dan tak kurang juga orang yang murung selepas melahirkan anak. Pelbagai perkara yang boleh menjadi sebab seseorang itu mengalami kemurungan. Namun, yang menjadi persoalannya bagaimanakah mereka berhadapan dengan situasi murung ini.

Monday 5 November 2012

Cinta tanpa Syarat



Pernah dengar tak mengenai cinta tanpa syarat? Terlalu banyak persepsi dan anggapan kita dalam cinta tanpa syarat ni. Tapi apa ya sebenarnya cinta tanpa syarat ni? 

Cinta suci sudah semestinya tidak memerlukan sebab atau juga syarat. Sebab itu boleh juga dikatakan syarat, dan syarat itu juga boleh dikatakan sebab. Jika kita mencintai seseorang dengan bersebab, bermaksud kita telah meletakkan cinta kita dengan syarat di situ.  Sebagai contoh, "saya sayang awak sebab awak pandai menjaga hati saya". Maksudnya, saya cintakan awak, dengan syarat awak kena pandai jaga hati saya. Selain dari itu, boleh juga diambil cantik sebagai sebab, suara yang merdu sebagai sebab, dan bentuk tubuh sebagai sebab, tetapi sebenarnya cinta suci tidak memerlukan semua itu.

Andai ada orang atau pasangan kita mencintai kita dengan sebab atau syarat, mungkin kurang keikhlasannya di situ dalam mencintai dan menyayangi kita. Mengapa perlu difikirkan kenapa kita tertarik dengan orang ini, kenapa kita suka pada orang itu. Kenapa kita cintakan dia, kenapa kita sayangkan dia. Percayalah, semua itu kuasa Allah. Dialah yang telah menggerakkan hati kita untuk mencintai dan menyayangi seseorang, terutamanya pasangan kita. Jodoh kita Dia juga yang tentukan. Walaupun kita mempunyai kriteria tertentu dalam memilih pasangan, namun jika Allah tidak mengizinkan, tetap jua kita takkan dapat apa yang kita mahukan. Malahan, mungkin orang yang langsung tidak ada dalam senarai pemilihan kita tu yang ditakdirkan sebagai jodoh kita. Oleh sebab itulah sebaiknya tak perlu kita meletakkan syarat atau sebab untuk mencintai dan menyayangi seseorang.

Perkahwinan Jarak Jauh

Kebiasaannya, sesebuah ikatan perkahwinan yang diimpikan adalah kita dapat hidup bersama dengan pasangan kita di dalam sebuah rumah yang sama, sentiasa berdampingan dan tidak akan pernah terpisah walau dengan apa cara sekalipun. Namun pada saat ini, pada ketika ini, hanya segelintir sahaja yang dapat merealisasikan impian ini.
Demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup dan rumahtangga, pasangan masa kini lebih ramai yang tidak tinggal sebumbung bersama pasangan masing-masing. Tuntutan kerja yang memaksa mereka tinggal berjauhan amat menyeksakan. Bukan mudah untuk melalui perkahwinan jarak jauh ini. Macam-macam perkara yang perlu ditempuhi dan yang paling penting adalah keyakinan kita terhadap pasangan dan saling mempercayai. Percayalah bahawa perkahwinan jarak jauh ini adalah satu ujian pada kita dan pasangan untuk melihat sejauhmana keyakinan dan kepercayaan kita pada pasangan.

Sesungguhnya, saya sendiri sedang melalui perkahwinan jarak jauh ini. Perkahwinan saya baru mencecah usia setahun, dan dalam masa setahun ini, kami masih lagi dalam perkahwinan jarak jauh. Keadaan kerja kami memaksa kami untuk tinggal berjauhan. Walaupun jauh tu masih lagi dalam Malaysia, cuma berlainan negeri, masih lagi jarak jauh. Tetapi, alhamdulillah, kami cuba untuk sering berjumpa jika ada kelapangan dan sentiasa mengawal diri dari menimbulkan sebarang masalah. Bila kita berjauhan, seringkali masalah yang timbul adalah bila kita tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Kita hanya berbicara melalui sms dan panggilan telefon, tanpa melihat wajah pasangan. Jadi agak sukar untuk kita melihat reaksi pasangan dan memahami maksud sebenar tentang apa yang disampaikan oleh pasangan kita.

Saturday 3 November 2012

Kek Coklat Moist


Hari ni rasa macam nak buat kek. Lebih2 lagi ada pelajar yang request buatkan kek. huhu.. Rajinkan diri la buat. Hasil air tangan seorang cikgu bimbingan untuk anak-anak pelajar yang banyak membantu selama ini yang bakal menduduki peperiksaan SPM 5 November 2012. Semoga berjaya anak-anak dan teruskan usaha dan tawakkal anda untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat. Terimalah kek yang tak seberapa ni sebab cikgu awak ni pun orang baru belajar. hihihi.. Yang master nye adik saya je.

Thursday 1 November 2012

Muara Hati - Hafiz ft. Dato' Siti Nurhaliza







Best sangat3 lagu ni. huhuhu.. melodi dia best, penyanyi dia pun best, lirik dia apatah lagi. sangat3 best dan meruntun kalbu..

Mula-mula dengar rasa macam pelik bunyi dia sebab xpernh dgr Dato' Siti duet ngn Hafiz. tapi lama-lama dengar, best la pulak sbb lirik dia sangat bermakna. lepas tu pulak campur dengan tengok drama Adam & Hawa tu pulak. memng menarik tertarik da bommm la. hihihi...

Selamat mendengar, menonton dan menyanyi ye....(^^,)

Tuesday 30 October 2012

Lelaki vs Perempuan



                                                            

Perbezaan lelaki dan wanita;

~ Dari segi fizikalnya, lihat pada kulit lelaki dan perempuan. Kulit lelaki lebih kasar berbanding dengan kulit wanita yang lebih halus.
~ Suara wanita juga lebih lembut dan halus dari suara lelaki yang besar dan kasar.
~ Lelaki memiliki tulang yang lebih panjang berbanding wanita. Wanita dijadikan dengan struktur tulang yang lebih kecil dan susunannya juga berbeza kerana wanita dijadikan dengan struktur tubuh untuk melahirkan anak.
~ Dalam hal pengamatan, wanita lebih mengamati sesuatu perkara dengan mendalam berbanding lelaki.
* Lelaki lebih banyak menggunakan pengamatan tumpuan, manakala wanita menggunakan pengamatan yang luas dan membesar.
* Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek, manakala wanita ibarat lampu suluh, yang membuka dan menampakkan banyak benda.
~ Selain itu, dari segi psikologinya, wanita lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat dengan cinta dan kasih sayang berbanding lelaki yang bersikap terbuka dan tidak ambil kisah.

Tuesday 23 October 2012

Membuat pilihan


Membuat pilihan....... manusia memilih jalan hidup mereka sendiri. terlalu banyak perkara yang perlu dipilih dalam kehidupan seorang manusia. nak bangun pagi atau nak sambung tidur, pilihan. nak makan atau nak minum saja, pilihan. nak mandi atau nak tukar baju saja, pilihan. nak pakai baju apa, pilihan. semuanya memerlukan anda membuat pilihan.

Sesetengah pilihan ada yang akan membuat kita tertekan. ada setengahnya pula, tak memberi kesan apa pun pada kita selain kepuasan terhadap pilihan tersebut. kadangkala manusia terlupa bahawa dalam pemilihan kita terhadap sesuatu perkara, ada caranya. terutamanya dalam soal pemilihan yang melibatkan perkara yang serius. sebagai contoh, pilihan samada nak berkahwin atau belum, nak memilih siapa calonnya, itu semua pilihan perkara yang serius, yang melibatkan kehidupan kita pada masa akan datang.

Thursday 18 October 2012

love yourself



Sayangi lah diri anda walau siapa pun anda.

buat anda yang bergelar muslimah.. pegang la quote ni smpai bila2 pn sbb ini la yg mgkn akan mengingatkn korang supaya sntiasa mnjge diri korang sndri walau di mana pn korang berada. sy br saja berbicara dgn seseorang yg sgt menyesali perbuatan dia sblm ni. mgkn blh katakan yg dia xsyg diri dia sndri sbb dia x brfikir utk masa depn dia sndri. tp wlu mcm mne pn, wlu siapa pn diri dia yg dulu, dia masih berpeluang utk berubah dn memperbaiki diri strusnya menyayangi dirinya sndri.

mgkn ada yg akan ckp, mcm bgs je sy ni nk nasihtkan org kn. huhu.. xkishla. yg pnting, usaha sy utk saling mengingatkn sudh sy laksanakan. bkn sorang dua yg sy jumpa menyesal dgn apa yg dia dah buat pd diri dia. terlalu ramai. dan ini smua mmbuatkan saya lebih menginsafi diri dn lbih berusaha utk syg diri sy sndri dl. dipetik dr satu blog yg prnh sy tgk lme dl, katanya org yg xsyg diri dia sndri adalah org yg selalu tidak dapat menerima dirinya sndri. dia xdpt nk terima knpa dia dijadikan sbg 'dia'. knpe tidk dia diciptakan sbg org itu, sbg org ini.. hurmm, siapa kita nk menyesali itu semua? siapa kita nk persoalkn itu semua? layak ke kita nk prsoalkn tentang itu? seharusnya kita bersyukur dgn apa yg kita ada, apa yang kita lalui. bersyukur krn skurang2nye Allah bg kita pluang utk merasai khdpn sbg seorang manusia.

andai kita sntiasa brsyukur, msti kita akn sntiasa mnerima wlu siapa pun diri kita. miskin ke kaya, cantik ke tidak, bijak ke lemah, semua itu harus kita syukuri dn sntiasa prbaiki diri. andai kata kita miskin, usahakanlah untuk sekurang2nya kita ada lbih sdkt utk membntu kita beribadah dgn lbih baik andai kita kaya, brsyukurlah dn slalulah memberi kpd yg sush supaya rzki kita akn brtmbh dn diberkati. jgn menyombong diri dgn kekayaan itu sbb xmustahil kita akn jatuh slps itu. miskin itu ujian, dan kaya itu juga ujian..

andai kita x cntik, brsyukur la krn skurang2nye Allah jdkn kita sempurna. andai kita cntk, xprlula mnghina org yg kurang cntk sbb kcntikn itu xkn kekal. bila kita tua, atau bila kita ditimpa sush, pasti kecntikn itu akn hilang. begitulah perumpamaannya. jd wlu siapa pun kita, terima la diri kita dgn penuh kesyukurn dn sayangilah diri kita sepenuhnya brbnding dgn kita sygkn org lain. utk para remaja di luar sna, syngi diri anda dn jge maruah diri anda sbg seorang muslimah...


                                                      

entry yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...