Tuesday 30 October 2012

Lelaki vs Perempuan



                                                            

Perbezaan lelaki dan wanita;

~ Dari segi fizikalnya, lihat pada kulit lelaki dan perempuan. Kulit lelaki lebih kasar berbanding dengan kulit wanita yang lebih halus.
~ Suara wanita juga lebih lembut dan halus dari suara lelaki yang besar dan kasar.
~ Lelaki memiliki tulang yang lebih panjang berbanding wanita. Wanita dijadikan dengan struktur tulang yang lebih kecil dan susunannya juga berbeza kerana wanita dijadikan dengan struktur tubuh untuk melahirkan anak.
~ Dalam hal pengamatan, wanita lebih mengamati sesuatu perkara dengan mendalam berbanding lelaki.
* Lelaki lebih banyak menggunakan pengamatan tumpuan, manakala wanita menggunakan pengamatan yang luas dan membesar.
* Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek, manakala wanita ibarat lampu suluh, yang membuka dan menampakkan banyak benda.
~ Selain itu, dari segi psikologinya, wanita lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat dengan cinta dan kasih sayang berbanding lelaki yang bersikap terbuka dan tidak ambil kisah.

~ Wanita juga mahu mengambil tahu semua perkara, daripada yang kecil sehinggalah yang besar berbanding lelaki. Lelaki lebih menumpukan kepada matlamat yang utama.


~ Dari segi lainnya, cuba perhatikan beg orang perempuan, apa yang mereka bawa ketika keluar rumah. Perbezaan beg saja sudah ketara. Beg wanita lebih besar daripada beg lelaki.
* Lelaki membawa beg yang kecil sahaja dan isi di dalamnya hanyalah lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad ATM.
* Dalam beg wanita pula semuanya ada. Dompet duit, kad ATM, buku bank, ada alatan make up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, gambar suami, cermin mata hitam, dan macam-macam lagi.
* Kenapa begitu? Wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Dalam erti kata lain, mereka lebih peka kerana apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah dilakukan.
* Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit kerana mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli dan membayar segala keperluan, dan lesen memandu untuk selamat dari disoal polis atau disaman.
~ Bagi suami isteri yang bekerja pula, lebih banyak perbezaan dan banyak juga hal-hal rumahtangga yang ditangani secara berbeza.
* Wanita bekerja lebih banyak bersungut. Contohnya, si suami apabila keluar sahaja dari rumah untuk ke tempat kerja, yang dibawa hanyalah kunci kereta, masuk ke dalam kereta dan tunggu isteri. Matlamat mereka hanyalah untuk ke tempat kerja.
* Bagi wanita pula memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa yang nak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi, dan macam-macam lagi yang difikirkan dan dibereskan. Kalau boleh semua perkara hendak difikirnya kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimanakah kesudahannya? Apa yang akan berlaku?


Contoh-contoh di atas menunjukkan cara wanita mengamati sesuatu berbeza dengan lelaki. Oleh sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli-belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar rumah sahaja terus masuk dalam kereta, tanpa mahu mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai-bagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah, bahawa kita berbeza. Perbezaan ini bukanlah untuk bermusuh, sebaliknya supaya saling bantu membantu dan berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dan wanita, maka timbul krisis rumahtangga berpuluh tahun. 

Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.


No comments:

Post a Comment

Terima Ksih beri Komen atas coretan saya

entry yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...