Tuesday 23 October 2012

Membuat pilihan


Membuat pilihan....... manusia memilih jalan hidup mereka sendiri. terlalu banyak perkara yang perlu dipilih dalam kehidupan seorang manusia. nak bangun pagi atau nak sambung tidur, pilihan. nak makan atau nak minum saja, pilihan. nak mandi atau nak tukar baju saja, pilihan. nak pakai baju apa, pilihan. semuanya memerlukan anda membuat pilihan.

Sesetengah pilihan ada yang akan membuat kita tertekan. ada setengahnya pula, tak memberi kesan apa pun pada kita selain kepuasan terhadap pilihan tersebut. kadangkala manusia terlupa bahawa dalam pemilihan kita terhadap sesuatu perkara, ada caranya. terutamanya dalam soal pemilihan yang melibatkan perkara yang serius. sebagai contoh, pilihan samada nak berkahwin atau belum, nak memilih siapa calonnya, itu semua pilihan perkara yang serius, yang melibatkan kehidupan kita pada masa akan datang.


Selain itu, pilihan dalam berkawan juga perlu ada caranya. pemilihan kawan kita akan memberi kesan kepada kita dari segi tingkahlaku kita, emosi kita, dan pelbagai perkara lagi. bukan bermaksud kita tidak boleh berkawan, tetapi pilihlah kawan anda. kita sendiri kena memahami konsep berkawan itu. andai kita seorang yang mempunyai pendirian yang teguh, prinsip diri yang tegas, dan mampu mengajak orang melakukan kebaikan, tiada salahnya kita berkawan dengan orang yang mungkin bersikap sebaliknya. asalkan kita faham konsep dan matlamat kita berkawan dengan dia. jelas matlamat kita di situ adalah untuk memperbaiki diri kita dan mengajak kawan itu untuk sama2 memperbaiki diri.

Di sini saya ingin memfokuskan perbincangan mengenai pemilihan kawan kerana ramai antara kita sekarang ini akan mendahulukan kawan dalam segala hal. tetapi adakah kawan kita itu memang seorang yang patut kita dahulukan? adakah kita pasti bahawa kita tidak tersilap memilih kawan? adakah kawan kita itu nanti akan dapat membantu kita dalam segala hal? dan yang lebih penting sekali, adakah kita pasti bahawa kawan kita itu nanti akan memimpin kita ke jalan yang diredhai oleh Allah? persoalan-persoalan inilah yang sering kita lupakan dalam memilih kawan. benar, mungkin ada yang berpandangan bahawa tiada salahnya kita berkawan dengan sesiapa sahaja. asalkan kita pandai menjaga diri. itu memang benar. tetapi, kita juga diharuskan untuk memilih siapa kawan kita, terutamanya bagi remaja yang sedang meningkat dewasa.

Teringat saya pada satu hadis mengenai harus memilih kawan. Maksud hadis tu berbunyi "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, samada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk." (Hadis Al-Bukhari dari Abu Musa Al-Asy'ari).

Apa yang dapat kita simpulkan daripada maksud hadis ini mungkin mengenai pemilihan kawan kita, bila kita pilih kawan yang baik, kita juga akan dapat kebaikannya. tapi kalau kita tersalah pilih kawan yang tidak elok, kita juga akan dapat tempias keburukannya walau kita tidak sama-sama melakukan keburukan itu. apa pun, fikirlah sedalamnya dalam membuat pilihan, tidak kira dalam soal apa jua sekalipun.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Terima Ksih beri Komen atas coretan saya

entry yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...