Monday 7 January 2013

Happy New Year


Masuk suda tahun baru. huhuhu... Happy New Year everyone, walaupun dh sminggu berlalu di tahun 2013. hihi.. Moga-moga tahun 2012 dapat memberikan banyak pengajaran kepada kita semua untuk melalui hari-hari yang baru di tahun 2013 ini. Bagi saya sendiri, terlalu banyak kenangan dan pengajaran yang saya peroleh tahun 2012. Pengajaran dan pengalaman tu lah yang akan dan mesti saya imbas selalu supaya jadi peringatan pada saya untuk sentiasa berhati-hati dan sentiasa berpegang pada niat Lillahi Ta'ala. huhuhu...

Walau apa orang kata, walau apa oang buat pada kita, walau seteruk mana dugaan datang pada kita, kita mesti sntiasa berpegang dan percaya bahawa Allah ada, Allah Maha Melihat, dan Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Dia tahu segalanya yang berlaku dalam kehidupan harian kita. Dia Melihat semuanya yang dilakukan oleh manusia lain pada diri kita. Jadi, biar Allah sahaja yang membalas segala perbuatan baik atau jahat manusia lain pada diri kita. Apa yang penting, kita sendiri haruslah sentiasa berbuat baik sesama manusia dan jangan sesekali menanam sifat hasad dengki pada manusia lain. Kita sama-sama khalifah di muka bumi Allah ni. Jadi, wujudkan persaingan yang sihat dalam apa jua perkara yang ingin kita lakukan. 

So, everyone... Gambate... hihi.. Moga terus memajukan diri dalam kerjaya, dalam kehidupan rumahtangga, dalam merencana masa hadapan yang lebih baik, insyaAllah. Yang utama sekali, majukanlah diri kita dalam ibadah dan juga sahsiah kita supaya menjadi lebih baik dan lebih banyak amalan mulia yang dapat menjamin kehidupan kita di akhirat kelak, insyaAllah..(^^,)



No comments:

Post a Comment

Terima Ksih beri Komen atas coretan saya

entry yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...