Tuesday 23 April 2013

Tips untuk Suami...


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Sebenarnya entry ni bukanlah nak mengata ke, nk mengutuk ke, nak perli2 kaum suami ke. hihihi.. 

Setiap manusia punya impian masing-masing. semua orang ada ciri-ciri suami idaman ni. tapi sebagai seorang manusia biasa, kita kena faham la yang tak semua yang kita idamkan tu kita akan dapat exactly apa yang kita nak.

Keinginan untuk memiliki seorang suami seperti yang diidamkan bukan sahaja dipengaruhi oleh drama-drama tv, atau filem-filem yang ditayangkan, dan bukan juga melalui bahan-bahan novel sahaja. Sebenarnya fitrah manusia inginkan yang terbaik dalam kehidupan mereka. Kita mengambil contoh tauladan daripada Rasulullah s.a.w sendiri di mana Baginda merupakan contoh terbaik sebagai seorang suami. Memang benar bahawa kita tidak boleh mengharapkan suami kita untuk menjadi seperti Rasulullah s.a.w sepenuhnya. Namun, sebagai seorang suami, mungkin juga boleh belajar daripada contoh tauladan tersebut sekurang-kurangnya untuk sesetengah perkara. Sebagaimana seorang suami mengharapkan isterinya untuk belajar menjadi seperti yang diinginkannya, begitu juga harapan si isteri kepada suaminya.

Berikut merupakan sebahagian daripada tips yang banyak untuk menjadi seorang suami idaman. Jom kita baca dulu...

1. Suami haruslah menetapkan niat dan sentiasa berdoa untuk menjadi seorang suami dan imam yang mampu  membimbing dan membahagiakan isteri dan zuriatnya.

2. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.

3. Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri.
4. Sentiasa taat kepada semua perintah Allah dan memastikan keluarga juga patuh kepada Allah.

5. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.

6. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

7. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara menegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

8. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

9. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

10. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. 

11. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.

12. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama Rasulullah apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

13. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

14. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, dan bijaksana dapat membuat keputusan yang terbaik dan cekap dalam menyelesaikan masalah.

15. Sentiasa berubah ke arah yang positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

Kawan-kawan, cukup setakat ini dahulu. Buat para suami, renung-renungkan, dan selamat beramal... (^,^)

  

1 comment:

Terima Ksih beri Komen atas coretan saya

entry yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...