Monday 5 November 2012

Perkahwinan Jarak Jauh

Kebiasaannya, sesebuah ikatan perkahwinan yang diimpikan adalah kita dapat hidup bersama dengan pasangan kita di dalam sebuah rumah yang sama, sentiasa berdampingan dan tidak akan pernah terpisah walau dengan apa cara sekalipun. Namun pada saat ini, pada ketika ini, hanya segelintir sahaja yang dapat merealisasikan impian ini.
Demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup dan rumahtangga, pasangan masa kini lebih ramai yang tidak tinggal sebumbung bersama pasangan masing-masing. Tuntutan kerja yang memaksa mereka tinggal berjauhan amat menyeksakan. Bukan mudah untuk melalui perkahwinan jarak jauh ini. Macam-macam perkara yang perlu ditempuhi dan yang paling penting adalah keyakinan kita terhadap pasangan dan saling mempercayai. Percayalah bahawa perkahwinan jarak jauh ini adalah satu ujian pada kita dan pasangan untuk melihat sejauhmana keyakinan dan kepercayaan kita pada pasangan.

Sesungguhnya, saya sendiri sedang melalui perkahwinan jarak jauh ini. Perkahwinan saya baru mencecah usia setahun, dan dalam masa setahun ini, kami masih lagi dalam perkahwinan jarak jauh. Keadaan kerja kami memaksa kami untuk tinggal berjauhan. Walaupun jauh tu masih lagi dalam Malaysia, cuma berlainan negeri, masih lagi jarak jauh. Tetapi, alhamdulillah, kami cuba untuk sering berjumpa jika ada kelapangan dan sentiasa mengawal diri dari menimbulkan sebarang masalah. Bila kita berjauhan, seringkali masalah yang timbul adalah bila kita tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Kita hanya berbicara melalui sms dan panggilan telefon, tanpa melihat wajah pasangan. Jadi agak sukar untuk kita melihat reaksi pasangan dan memahami maksud sebenar tentang apa yang disampaikan oleh pasangan kita.

Di sini adalah tips untuk Perkahwinan Jarak Jauh yang kami juga cuba untuk amalkan;

Tips 1: Kerapkan berhubung - Eloknya hubungilah pasangan anda setiap hari. Jangan kedekut untuk belanjakan wang untuk kerap menghubungi pasangan anda. Kalau boleh, jangan biarkan sampai kredit dah sampai angka 0.00 baru nak reload. Akan jadi satu masalah bagi pasangan jarak jauh ini jika tidak dapat menghubungi pasangan. Kalau nak buat giliran siapa yang akan call siapa dulu pun boleh.

Tips 2: Gunakan Facebook, YM Messenger dll dengan sebaiknya - Bolehlah berchatting dengan pasangan walaupun di tempat kerja (kalau ada kelapangan dan tidak mengganggu tugas la). Selain free, dapat juga mengekalkan keintiman anda.

Tips 3: Hujung minggu, pulanglah ke tempat yang anda boleh tinggal bersama - Paling minimun, biarlah 2 minggu sekali dapat berjumpa. Memadai la tu berbanding dengan sebulan langsung tak jumpa.

Tips 4: Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan - Jangan sesekali berlaku curang, atau berniat untuk berlaku curang kepada pasangan.Ingat, Allah sentiasa melihat perlakuan anda. Jika anda cuba-cuba atau melakukan perkara yang tidak elok, pasangan anda pasti akan tahu juga nanti.

Tips 5, tip yang terakhir: Sentiasa percayakan pasangan anda - Percayalah pada ikatan perkahwinan yang anda sendiri bina, percayalah pada pasangan yang anda sendiri pilih. Sentiasa berdoa kepada Allah dan meminta agar dikuatkan perasaan cinta dan kasih sayang dalam diri pasangan terhadap satu sama lain, dan juga ditanamkan dalam diri masing-masing kepercayaan yang utuh terhadap pasangan supaya rumahtangga yang dibina akan sentiasa aman dan harmoni serta penuh dengan kasih sayang. Jika anda percaya pada pasangan, pasangan anda juga akan mempercayai anda. Gunakan kepercayaan itu dengan sebaik mungkin..


Moga tips-tips tersebut dapat membantu semua pasangan dalam melalui Perkahwinan Jarak Jauh ini.(^^,)

2 comments:

  1. eheee saye percaya kerana Allah hihiee

    ReplyDelete
  2. hihi.. alhamdulillah. insyaAllah, bila prcye itu kerana Allah, Allah akan pelihara hubungan tu kan..;)

    ReplyDelete

Terima Ksih beri Komen atas coretan saya

entry yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...