Thursday 22 November 2012

Tips-tips Mempertahankan Sikap Positif



Seringkali kita mendengar ungkapan tentang kelebihan berfikiran positif, mengapa perlunya berfikiran positif, dan sebagainya. Dan ternyata menurut beberapa penelitian, ditemukan bahawa orang-orang positif cenderung menjalani kehidupan lebih bahagia dan sihat.

Namun, dengan lingkungan pergaulan dan fikiran-fikiran yang berkecamuk di kepala kita, rasanya tidak mudah untuk terus-menerus mempertahankan sikap positif. Akan tetapi, untuk sebuah tujuan yang bagus tidak ada salahnya jika kita mengusahakan yang terbaik.

Berikut adalah sebahagian daripada tips untuk mempertahankan sikap positif yang kita amalkan;

Tips 1: Mulailah Selangkah demi Selangkah
Adakalanya ketika menginginkan perubahan, anda ingin mengubah segalanya secara menyeluruh. Daripada mengubah secara keseluruhan, lebih baik perbaiki setahap demi setahap. Melakukan perubahan selangkah demi selangkah justeru memiliki peluang besar untk mendapatkan hasil yang maksima.


Tips 2: Berbincang dengan Diri Sendiri
Di antara seminggu penuh waktu kita untuk beraktiviti, luangkan sehari saja untuk merasakan kedekatan dengan diri anda sendiri. Dengarkan secara saksama kata hati anda. Percayalah bahawa anda akan merasa terkejut ketika mengetahui betapa kerasnya anda terhadap diri sendiri. Fikirkan setiap ungkapan kata hati dan gantikan fikiran yang negatif dengan pemikiran yang positif. Memang kelihatan seperti orang gila kerana bicara pada diri sendiri, tapi ini layak dicuba. Sebagai sebuah pilihan untuk lebih mengenali diri kita.

Tips 3: Berhenti Membandingkan
Sudah sewajarnya jika anda melihat orang lain sebagai kayu ukur, tapi jangan lantas membuat anda membandingkan kehidupan mereka dengan kehidupan anda sendiri. Membandingkan hubungan dengan pasangan dan pekerjaan yang kita miliki dengan apa yang dimiliki orang lain hanya akan memukul keras harga diri anda. Memandang kelebihan orang lain hanya akan mengembangkan fantasi yang justeru akan mendorong kita jatuh ke dalam rasa tidak percaya diri.

Tips 4: Nasihati Diri Sendiri
Kebanyakan orang cenderung lebih mahir menyelesaikan permasalahan orang lain daripada mengatasi masalahnya sendiri. Jika anda berhasil menghibur seorang teman yang ditimpa masalah, tanyakan padanya apa yang telah membuatnya merasa terhibur. Lain kali jika anda mendapatkan masalah, mungkin menghiburkan anda tersebut dapat berguna untuk diri sendiri.

Tips 5: Utamakan Diri Sendiri
Jika anda lebih sering menempatkan kepentingan diri sendiri di urutan terakhir, sebaiknya sekali sekala lakukan sesuatu untuk diri sendiri. Mengutamakan kepentingan sendiri di urutan akhir biasanya akan mendorong anda mengasihani diri sendiri, yang justeru mendorong timbulnya rasa kecewa. Jika kemarahan tersebut bertumpu, justeru orang-orang yang anda cintai yang akan menjadi tempat melampiaskan kekesalan. Sesekali mementingkan diri sendiri justeru akan mempertahankan keseimbangan dan membawa hasil yang lebih baik untuk anda serta orang-orang yang anda sayangi.


Tips 6: Berfokus pada Diri Sendiri
Timbulkan kesedaran jika anda tidak dapat mengubah orang lain, tapi anda dapat mengubah diri sendiri. Cara ini membantu anda melepaskan banyak masalah emosional.

Tips 7: Luangkan Waktu untuk Bermain
Setiap orang pasti memiliki perasaan anak kecil dalam dirinya. Rangkullah perasaan itu dan sekali sekala bermainlah kerana itu mendatangkan kesan memperbaiki emosi. Rasa ingin tahu lebih membina daripada kritikan. Kembangkan perilaku seperti anak-anak ketika berhadapan dengan masalah, lebih baik bertanya bagaimana cara anda daripada marah-marah kerana orang lain lebih baik dari anda.

Tips 8: Minta Sokongan dari Teman
Kita memang tidak selalu berjaya mempertahankan semangat. Alangkah baiknya jika anda bantuan teman untuk memberikan sokongan. Ceritakan pada teman anda kalau anda sedang memperbaiki sikap dan biarkan dia memberikan sokongan. Minta pendapatnya tentang bagaimana anda bereaksi terhadap suatu permasalahan secara emosional.

Tips 9: Nikmati Proses
Tujuan dalam hidup memang sebuah titik penting untuk dicapai. Tapi terpancang pada hasil justeru membuat kita mengabaikan proses. Mengimpikan apa yang menjadi tujuan anda hanya akan membuat impian itu hanya di awang-awangan. Tapi hanya bertindak selangkah demi selangkah yang akan membawa anda mendekati apa yang ingin anda capai.


Tips 10: Jangan Lupa Bersyukur
Kadang kita lupa betapa banyak yang telah kita dapatkan dalam hidup ini. Sebenarnya menyedari rahmat yang kita terima justeru akan membawa warna cerah dalam kehidupan itu sendiri. Mulailah membuat catatan bahagia setiap hari. Ingat tiga hal yang patut anda syukuri selama sepanjang hari yang anda lalui, itu akan membuat anda lebih menghargai hidup. Kalau hidup positif dapat membuat kita lebih bahagia dan sihat, rasanya kita semua patut untuk mengusahakannya.

Semoga sepuluh tips ini dapat membantu anda dan kita semua untuk mengekalkan sikap positif yang kita amalkan setiap hari.. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Terima Ksih beri Komen atas coretan saya

entry yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...