Tuesday 6 November 2012

Tips-tips mengatasi kemurungan




Perasaan muram atau kemurungan adalah pengalaman yang biasa dihadapi oleh manusia normal. Tetapi jika kemurungan dan kesugulan terlalu kerap, ia boleh merencatkan peningkatan amal sehinggalah kehidupan seseorang itu menjadi kurang bermanfaat.

Mungkin ada yang pernah mengenali atau mengalami sendiri pengalaman murung. Ada orang murung selepas putus cinta, dikhianati. Ada juga orang murung selepas kematian orang yang disayangi. Dan tak kurang juga orang yang murung selepas melahirkan anak. Pelbagai perkara yang boleh menjadi sebab seseorang itu mengalami kemurungan. Namun, yang menjadi persoalannya bagaimanakah mereka berhadapan dengan situasi murung ini.



Di antara simptom-simptom kemurungan ini termasuklah:
1. Perasaan sedih dan kosong.
2. Hilang minat terhadap aktiviti kegemaran.
3. Cepat letih.
4. Menganggap diri tidak berguna.
5. Kurang bertenaga.
6. Mudah berputus asa.
7. Hilang selera makan.
8. Mengalami gangguan tidur.
9. Penurunan berat badan.
10. Kerap marah.
11. Perasaan tak tenteram.
12. Menganggap mati lebih baik daripada hidup.
13. Sukar membuat keputusan.

Berikut adalah beberapa panduan mengatasi dan mencegah masalah ini:
a. Pemikiran yang positif adalah kunci ke arah kejayaan dalam hidup insan. Di samping itu, ia dapat melenyapkan perasaan muram.

b. Perasaan yang ikhlas dan luhur dalam melakukan sesuatu pekerjaan bukan sahaja dapat membuahkan hasil yang baik tetapi juga dapat mengelakkan kemurungan. Apabila seseorang itu beramal demi keredhaan Ilahi dan bukan semata-mata ingin dipuji, jiwanya tidak akan kecewa jika dia gagal. Jika seorang manusia itu berjaya pula, dia tidak akan terpengaruh oleh pujian.

c. Jiwa yang sihat dan selamat menerusi amalan-amalan kerohanian dapat menerangi pemikiran dan menenangkan perasaan. Apabila ini tercapai, kemakmuran jiwa dapat dikesan dalam diri individu itu.

d. Pemakanan yang seimbang dapat memberi kesan yang positif kepada jiwa. Protein dapat menyegarkan dan menyumbang ke arah tenaga mental. Penggunaan kafein yang banyak dalam makanan mampu menyebabkan kesugulan dan kerisauan.

e. Sinaran cahaya adalah penting dalam mempengaruhi pertukaran mood. Individu yang diselubungi cahaya cerah lebih mudah merasa girang.

f. Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Bagi menolong menangkis mood yang buruk, warna yang terang dan menenangkan patut digunakan.

Moga dapat jadi panduan bersama. Wallahua'lam.  








No comments:

Post a Comment

Terima Ksih beri Komen atas coretan saya

entry yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...