Assalamualaikum dan Salam Sejahtera utk smua..
Kali ni nk sembang pasal air dan penapis air. Sebelum kita sembang lebih jauh, nk tnye la dulu pd kengkawan. Sejauh mana kita mengambil berat mengenai kebersihan air minuman di rumah kita? Adakah air minuman itu cukup bersih untuk diminum oleh kita? Ataupun kita hanya tahu minum saja? Sedarkah anda, bekalan air yang diterima pada pili air di rumah anda kadang-kadang nampak kekuningan seolah2 ia mengandungi kandungan bendasing yang agak banyak, dan kadangkala, rasa air tersebut juga agak lain. Malah lebih teruk lagi, kadang-kadang berbau lagi pulak!!
Kalau tanya saya samada perlu ke tidak untuk memerhati, memikir dan mengambil kira kebersihan air yang saya minum, saya guna untuk masak dan sebagainya, saya akan katakan YESSS, sangat sangat perlu. Oleh kerana sumber air pada masa kini kebanyakannya sangat kotor, jumlah bahan kimia yang dimasukkan untuk merawat air pasti semakin banyak kan?? Oleh itu, sudah pasti, penapis air yang baik adalah sangat penting dalam setiap rumah, pejabat, mahupun di mana-mana sahaja. Tak kisah la bagaimana rupa bentuk dia skali pun...
Maaf cakap ye, sebenarnya rakyat Malaysia ni banyak membazirkan wang dengan meminum air botol atau air mineral. Tak dinafikan, saya sendiri pun begitu juga. Tapi sekarang, saya nak berkongsi dengan kengkawan semua tentang satu benda yang sangat berfaedah dan menjanjikan penjimatan yang sangat hebat di samping menjamin kesihatan, Insya Allah. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagak-agak sahaja....
Moh tengok gambo ni dulu. Ini la rupa water pitcher yang sangat berfaedah tu. bukan sahaja untuk kesihatan diri, kesihatan dalaman, kesihatan duit pun ada jugak sebab ia sangat menjimatkan kita daripada nak beli air mineral sokmo.
Dan lebih efektif lagi, water pitcher ni boleh diletakkan dan dibawa ke mana-mana saja sebab ia tak perlukan pemasangan pada paip air dan sebagainya pun. hanya isi air di dalam tu, dan air itu akan dituras dan seterusnya menghasilkan air yang bersih lagi sihat untuk anda sekeluarga.
Qaseh Muslimah
Monday, 17 February 2014
Tuesday, 28 January 2014
ESP Shaklee
Assalamualaikum kawan2..
huhu.. lmenye xupdate apa2 kat sini. tp takpe. entry kali ni sgt3 bermanfaat untuk semua. nk share tentang Energizing Soy Protein Shaklee ni. saya sangat3 suka dengan ESP ni, lebih2 lagi kalau masa saya puasa. saya ni memang ada gastrik yang agak teruk. kalau puasa, mesti nk kena sahur dgn nasi. tak boleh mkn benda lain mse sahur atau tak sahur lngsung. tapi surprisingly, bila saya cuba bersahur dgn ESP Shaklee ni, Alhamdulillah, dengan izin Allah saya takde rasa lapar dan takde gastrik melanda saya pon.. malahan saya lebih bertenaga berbanding dengan saya sahur dengan nasi.. percayalahhhh.. tu baru pengalaman saya je. kakak ipar saya yang baru bersalin pon mengambil ESP Shaklee ni dalam masa pantang sehingga la sekarang. manfaat utk dia pulak, bagi lebih tenaga, rasa kenyang yang lama dan membanyakkan susu untuk si kecik tu..
ESP ni memang banyak khasiatnya. saya akan kongsikan juga nanti apa kebaikan dan khasiatnya yang lain. sebelum saya cerita, meh kita tengok siapa yang perlukan ESP ni...
Siapa sebenarnya perlukan ESP Shaklee??
Dalam gambar kt atas ni, kita dah nampak orang-orang yang utama memerlukan ESP Shaklee ni.
Thursday, 19 September 2013
Sandiwara Cinta
Assalamualaikum & Hello everyone..
lme dh x update blog ni. rse mcm rindu pulk dh. hihi.. anyway guys, nk update blog ni mcm xde modal sgt lg sbnrnye. hihi.. kita mulakan dengan lagu ni dl la ye.. dengar dl, then bgtau komen anda tentang lagu ni.. (^^,)
Tuesday, 23 April 2013
Tips untuk Suami...
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Sebenarnya entry ni bukanlah nak mengata ke, nk mengutuk ke, nak perli2 kaum suami ke. hihihi..
Setiap manusia punya impian masing-masing. semua orang ada ciri-ciri suami idaman ni. tapi sebagai seorang manusia biasa, kita kena faham la yang tak semua yang kita idamkan tu kita akan dapat exactly apa yang kita nak.
Keinginan untuk memiliki seorang suami seperti yang diidamkan bukan sahaja dipengaruhi oleh drama-drama tv, atau filem-filem yang ditayangkan, dan bukan juga melalui bahan-bahan novel sahaja. Sebenarnya fitrah manusia inginkan yang terbaik dalam kehidupan mereka. Kita mengambil contoh tauladan daripada Rasulullah s.a.w sendiri di mana Baginda merupakan contoh terbaik sebagai seorang suami. Memang benar bahawa kita tidak boleh mengharapkan suami kita untuk menjadi seperti Rasulullah s.a.w sepenuhnya. Namun, sebagai seorang suami, mungkin juga boleh belajar daripada contoh tauladan tersebut sekurang-kurangnya untuk sesetengah perkara. Sebagaimana seorang suami mengharapkan isterinya untuk belajar menjadi seperti yang diinginkannya, begitu juga harapan si isteri kepada suaminya.
Berikut merupakan sebahagian daripada tips yang banyak untuk menjadi seorang suami idaman. Jom kita baca dulu...
1. Suami haruslah menetapkan niat dan sentiasa berdoa untuk menjadi seorang suami dan imam yang mampu membimbing dan membahagiakan isteri dan zuriatnya.
2. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.
3. Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri.
Monday, 7 January 2013
Happy New Year
Masuk suda tahun baru. huhuhu... Happy New Year everyone, walaupun dh sminggu berlalu di tahun 2013. hihi.. Moga-moga tahun 2012 dapat memberikan banyak pengajaran kepada kita semua untuk melalui hari-hari yang baru di tahun 2013 ini. Bagi saya sendiri, terlalu banyak kenangan dan pengajaran yang saya peroleh tahun 2012. Pengajaran dan pengalaman tu lah yang akan dan mesti saya imbas selalu supaya jadi peringatan pada saya untuk sentiasa berhati-hati dan sentiasa berpegang pada niat Lillahi Ta'ala. huhuhu...
Walau apa orang kata, walau apa oang buat pada kita, walau seteruk mana dugaan datang pada kita, kita mesti sntiasa berpegang dan percaya bahawa Allah ada, Allah Maha Melihat, dan Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Dia tahu segalanya yang berlaku dalam kehidupan harian kita. Dia Melihat semuanya yang dilakukan oleh manusia lain pada diri kita. Jadi, biar Allah sahaja yang membalas segala perbuatan baik atau jahat manusia lain pada diri kita. Apa yang penting, kita sendiri haruslah sentiasa berbuat baik sesama manusia dan jangan sesekali menanam sifat hasad dengki pada manusia lain. Kita sama-sama khalifah di muka bumi Allah ni. Jadi, wujudkan persaingan yang sihat dalam apa jua perkara yang ingin kita lakukan.
So, everyone... Gambate... hihi.. Moga terus memajukan diri dalam kerjaya, dalam kehidupan rumahtangga, dalam merencana masa hadapan yang lebih baik, insyaAllah. Yang utama sekali, majukanlah diri kita dalam ibadah dan juga sahsiah kita supaya menjadi lebih baik dan lebih banyak amalan mulia yang dapat menjamin kehidupan kita di akhirat kelak, insyaAllah..(^^,)
Thursday, 27 December 2012
Tips penjagaan komputer riba (laptop)
Bateri
- Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkna untuk menggunakan kuasa terus dari punca eletrik
- Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
- Jika bateri sudah habis digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
- Pastikan bateri berada di bawah 10 pertus sebelum dicas semula.
- Jika terlalu kerap dicas bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
Papan Kekunci
- Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
- Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
- Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di computer riba.
Wednesday, 26 December 2012
Risiko Urus Niaga Sambung Bayar Perjanjian Sewa Beli
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini dan dibebankan lagi dengan harga barang keperluan yang semakin melambung, maka sudah pastinya ia akan memberikan bebanan kepada orang ramai. Apatah lagi dengan bayaran ansuran kenderaan yang perlu dijelaskan setiap bulan mengikut perjanjian sewa beli yang termeterai dengan institusi perbankan.
Tidak dinafikan, para pengguna kenderaan di negara ini mengalami beban yang tinggi dalam pengurusan kewangan mereka, kehidupan di bandar yang serba serbi memerlukan wang ringgit.
Tatkala sibuk menguruskan keperluan harian, ada di antara mereka yang terlupa atau menghadapi kesukaran melunaskan bayaran ansuran kenderaan mereka.
Lebih menyedihkan jika ansuran kenderaan mereka tertunggak. Terdapat ramai yang memilih jalan mudah seperti menyerahkan kenderaan kepada pihak ketiga untuk tujuan sambung bayar.
Sebenarnya tindakan ini sangat berisiko, ibarat menjerat diri sendiri. Tahukah anda bahawa, walaupun ada pihak ketiga yang akan menyambung ansuran bulanan, namun anda masih bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenderaan itu, sepertimana yang terkandung dalam perjanjian sewa beli yang asal, termasuk juga jika berlaku kes jenayah serta kemalangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)